Hey people , please respect each other here ♥ +Follow | Dashboard

followers ily:)

dear readers !

Selamat membaca cerita aku yang membosankan

-Alia Jamal-

BERUBAH

Aku berubah ke ?
Ke kau yang berubah ?
Ke semua tu perasaan aku je ?
terima kasih sebab membaca entry saya ♥ ♥

Perniagaan itu sunnah Nabi & sumber rezeki

Salam,

Lama rasanya iolls tak update blog. Disebabkan laptop rosak dan tahap malas tak boleh dibendung terus lah blog nie sunyi sepi. Jadi hari nie iolls free marilah kita bercerita sikit pasal perniagaan. Rasanya sekarang ramai dah mula start berniaga kan. Nak nak perniagaan online. Tumbuh macam cendawan. Baguslah sebab berniaga kan salah satu pintu rezeki dan juga sunnah Nabi. Yang penting peniaga haruslah jujur di dalam perniagaan. Jangan tipu tipu rezeki tak kemana deknon kalau menipu.

Bagi yang nak start meniaga korang jangan terus keluar modal bebanyak. Jangan terus amik kedai. Bukan apa perniagaan yang baru nak mula sangat susah nak naik dan nak dapatkan customer. Melainkan korang sangat sangat femes jadi ikutan semua kan. Lol. Daripada rugi baik korang start dulu dengan menjadi dropship. Dropship nie kira korang jadi agen kepada peniaga. Tak payah keluar modal, korang hanya jual barang dorang dan amik komisyen. Dari situ korang boleh belajar macam mana nak dapatkan customer dan jugak korang boleh jumpa macam macam jenis orang. Ada separuh dropship dorang akan kena kan bayaran kalau nak jadi agen dorang. Bolehlah kan daripada rugi kalau keluar modal banyak atleast korang boleh jadi agen dan dapat untung atas angin. Selalunya peniaga yang buat dropship nie adalah peniaga online.

Seeloknya korang yang baru nak berjinak berniaga mula dengan perniagaan online. Bila customer dah ramai korang naik lagi satu level korang join bazaar bazaar yang dibuat khas untuk perniaga online. Dari situ korang akan jual offline tapi masa tu orang dah kenal dengan perniagaan korang. Korang dah ada customer sendiri. Dalam masa yang sama korang boleh join vendor slot di butik butik yang memerlukan vendor. And lastly korang boleh lah mula membuka butik korang sendiri.

Sangat memerlukan kesabaran ye sebab bukan senang nak naik dan bukan senang nak senang. Yang penting usaha. Ramai ja yang buat bisness online berjaya dan kaya. Tak cuba tak tau kan. Mungkin rezeki korang memang dekat meniaga. Jadi tak salah nak cuba berniaga. Hikss. Itu saja nak cerita.

Oh ye, iolls pun buat bisness online jugak. Jemput jemput lah singgah instagram iolls boleh cuci mata disana. Korang search ja lensbyaliaj dekat instagram k. Anyeonggg.



terima kasih sebab membaca entry saya ♥ ♥