Hey people , please respect each other here ♥ +Follow | Dashboard

followers ily:)

dear readers !

Selamat membaca cerita aku yang membosankan

-Alia Jamal-

dunia dah terlampau "maju"




aku duduk usha tengok aku punya reading list ,banyak betol cerita cerita masalah sosial sekarang nie .merogol ,buang anak .berkhalwat tak payah cerita lahh kan .melambak .naik polak aku baca .dunia dunia .makin hari makin maju makin banyak jugak masalah sosial yang berlaku .nie baru 2011 .dah melambak cerita cerita macam nie ,kalah pulak cerita politik .aku agak dalam masa dua atau tiga tahun nanti .berita berita semua dah takde dahh cerita lain selain masalah sosial nie .orang pandang pun sebelah mata agaknya .dah tak boleh buad apa .

kalau dulu dunia tak maju tapi pemikiran dengan budaya kita maju tapi sekarang sebaliknya .kalau dulu aku rasa mak bapak cukup kawal anak anak dia orang .tapi sekarang aku tengok bersepah budak budak umur dalam lingkungan 10 tahun dah lepak chill dekat shopping complex .kalau lepak chill sahaja takpe .tak kesah .nie lepak chill isap rokok lagi .fuhh .cukup hebat dah tuh bagi derang .

aku bukan nak salahkan mak bapak ,ada jugak mak bapak yang cukup kawal anak mereka tapi si anak rosak jugak .bagi aku kita kalau nak mengawal sangat pun tak boleh .maksud aku ,yelah budak budak sekarang pemikiran derang tak sama dengan pemikiran orang dulu .budak budak sekarang suka memberontak .benda kecik pun dah memberontak nak lari rumah bagai .nie kan kalau kau kurung derang tak bagi keluar semua kan .

ada tuh kadang kadang mak bapak pun di terajangnya .sebabnya tak bagi keluar .aku agak budak yang suka terajang mak bapak nie memang dah tak fikir apa lagi dah nie .hidup time muda nak seronok .tak pernah fikir baik buruk .bila dah tua ,dah merempat tak dapat kerja baru nak menyesal .time tuh menyesal pun tak guna dah .

nanti kau tengok kawan kawan sebaya kau sibuk dengan kerjaya masing masing .kerjaya semua hebat hebat .aku takut nanti kau lari bila nampak kawan kawan kau ,yelahh takut kawan kau tanya kau kerja apa sekarang nie .aku bagi situasi lah supaya engkau senang faham .

situasi pertama :
kau kerja hebat nak sara anak bini ,ada syarikat sendiri  .boleh lah kau sembang kencang dengan kawan kau nanti .

A : kau kerja apa sekarang B ?aku sekarang engineer dekat syarikat XYZ .
B : aku sekarang bukak syarikat aku sendiri .syarikat ABC .dah macam macam projek aku buad .jum lah duduk minum .kita borak panjang sikit .


situasi kedua : 
kau kerja pun tak .ada anak bini nak sara .paling kasihan satu ilmu pun engkau takde .engkau nak sembang kencang macam mana dengan kawan kau nanti .

A : kau kerja apa sekarang B ?aku sekarang engineer dekat syarikat XYZ .
B : wa sekarang macam nie lah brader ,duduk duduk sembang belakang bangunan dengan kawan wa .lu nak join ?


so kau fikir dik apa kau nak jadi satu hari nanti .kalau kau nak jadi macam dalam situasi pertama .alhamdulillah .belajar sungguh sungguh .dengar cakap mak bapak kau .biar susah dahulu senang kemudian .jangan nak fikir seronok sekarang sahaja .kalau kau pilih situasi yang kedua .teruskan lah dengan cita cita engkau .aku tak boleh nak larang .kita yang dah diberi akal dan fikiran oleh NYA ,guna lah sebaik baiknya .sayang kalau kau tak guna .

bagi yang perempuan .jaga lah maruah engkau sebaik baiknya .jangan senang senang tergadai maruah kepada lelaki lelaki yang belum tentu jadi milik engkau .cinta yang engkau agungkan sekarang ini belum tentu cinta sejati engkau lagi .lelaki sejahat mana pun dia ,suatu hari nanti sudah tentu akan mencarik perempuan yang boleh dijadikan isteri .bukan girlfriend .faham kan maksud aku .aku teringat kata kata pensyarah aku .dia kata
 

" perempuan nie tak guna kalau luar cantik ,wangi , tapi dalam kotor ,busuk " 


bila aku fikir balik .ada betul kata kata pensyarah aku .kita benda yang dah busuk ,mesti kita tolak tepi kan .mana ada kita nak .kalau nak pun mesti jadi pilihan kedua kita .so fikir fikir lah balik kawan kawan .kepada yang dah terjebak tuh sempat lagi untuk engkau berubah .



p/s : ini adalah pendapat aku ,setiap orang lain pendapat .aku mintak maaf kalau aku ada terkasar dalam ayat ayat aku .








terima kasih sebab membaca entry saya ♥ ♥

0 budak muncet ;):