Hey people , please respect each other here ♥ +Follow | Dashboard

followers ily:)

dear readers !

Selamat membaca cerita aku yang membosankan

-Alia Jamal-

ragam manusia !



masa aku lepak dengan seorang teman aku hari tuhh .teman yang boleh aku katakan baru sahaja aku kenal .masih cuba untuk mengenali hati budi masing masing .aku sembang biasa sahaja walaupun aku nampak dia bersungguh sungguh menarik minat aku untuk bersembang kencang dengan dia .

aku ikut kan sahaja cara dia bersembang sambil aku fikir balik kenapa aku boleh chill lagi dekat sini walaupun kadang kadang cerita yang dia sembangkan itu membosankan .aku tak amik serious apa yang keluar dari mulut dia .sambil mata aku melilau melihat telatah manusia manusia dalam kedai nie ,tiba tiba topik yang teman aku sembangkan menarik minat aku .

aku agak dia seperti membuka pekong di dada .dia sembang mengenai dia melakukan hubungan seks dengan kekasih dia .yang paling menarik minat aku untuk mendengar apabila dia mengatakan bahawa dia tak sampai berapa bulan kenal dengan lelaki itu .

mata aku yang melilau tadi aku balik kan kepada teman aku nie .melihat raut wajah dia ,dia seorang yang agak lurus tetapi dalam lurus dia ada satu sisi lain yang menunjuk kan dia berbeza .yang pastinya dia bukan menjadi diri dia bila sembang dengan aku .

takpe ,aku layan kan sahaja .sedang syok mendengar cerita dia tiba tiba satu soalan terpacul dari mulut aku .aku cuba untuk menjadi diri aku sendiri .aku taknak jadi hipokrit .nak nak dengan orang yang aku baru kenal .bia dia tahu macam mana aku yang sebenarnya .bebalik kepada soalan tadi 

" kenapa kau buad dengan boifren kau ehh ? "

dia diam .lepastuh dia senyum .

" jawapan dia senang ja ,aku buad sebab aku sayang dia "

aku tersenyum sinis lepas mendengar jawapan yang keluar dari mulut teman aku tadi .aku ajukan lagi soalan 

" kau yakin dia pun macam kau ?sayang kau macam mana kau sayang dia "

dia senyum .menghirup air panas yang sudah sejuk .

" mestilahh ,kalau tak tak mungkin dia sanggup bersusah payah datang sini nak jumpa aku .aku yakin dia sayang aku .dia takan tinggalkan aku .mana mungkin dia nak tinggalkan aku kalau dia dah pernah main dengan aku . "

aku senyum lagi .jawapan dia tak meyakinkan aku .tak cukup lagi .aku ajukan lagi beberapa soalan .

" nia dah masuk berapa kali dah nie kau main ? "

" dah masuk dua kali "

" apa rasa ? "

die tersenyumm lebar .

" beshh doe ,kau try lahh buad dengan boifren kau nanti .memang beshh "

aku tergelak .dalam fikiran aku memikirkan ,bodoh nya engkau nie .aku tak rasa dia adalah teman yang boleh dibuat sahabat .maksud aku sahabat yang dimana boleh bawak aku kejalan yang betol .yang sanggup untuk mendengar dan memberi nasihat kepada aku .aku agak mungkin dia adalah sahabat untuk aku suka suka .kalau tidak dia takan suruh aku try buad macam mana dia buad dengan boifren dia .

aku takdelahh baik sangat .solat lima waktu aku pun tak cukup .tapi sekurang kurangnya aku takan suruh kawan aku ikut benda yang tak baik yang pernah aku buad .

selang beberapa bulan aku jumpa teman baru aku tuh .dia ada call aku ajak lepak .aku ikutkan sahaja memandangkan aku tengah free .aku dan dia beborak seperti biasa .topik topik yang berulang juga dia sembangkan kepada aku .tiba tiba dia cakap dengan aku .

" aku dah lama tak period "

" really ?kau dah cek ?last kau period bila ? "

" dah lama dahh "

" kau pergi lahh beli pregnancy test .cek ja "

dalam fikiran aku takan kau takut .kau kan ada boifren yang sanggup datang dari jauh semata mata nak "berjumpa" dengan engkau .takan dia taknak bertanggung jawab dalam hal nie pulak .kau chill sahaja .boifren dia sanggup datang siap hantar pergi farmacy untuk membeli pregnancy test .

tapi teman aku bernasib baik sebab result pregnancy test yang dia dapat tuh memihak kepada dia .senyum sampai telinga .boifren dia jugak sanggup belikan makanan yang boleh buad keguguran .dalam hati aku lelaki kalau dah pandai buad pandai lahh cara dia nak gunakan untuk cover balik apa yang dia buad .

aku kasihan dengan teman aku .senang sangat engkau mengadaikan maruah engkau sebab cinta engkau .cinta yang belum pasti menjadi milik engkau .cinta yang hanya bagi aku untuk keseronokan mungkin .sekarang mungkin tiada effect kepada engkau .tapi nanti suatu hari engkau sudah ada suami anak dan cucu .apa yang engkau nak banggakan kepada mereka ?engkau nak cerita kisah engkau bermain dengan boifren engkau seperti mana engkau ceritakan kepada aku .opss .bukan aku sahaja tapi kepada teman teman engkau yang lain .

bagi aku kalau kita dah buad sesuata yang boleh mengaibkan kita janganlah engkau jaja cerita engkau itu sana sini .simpan ,simpan buad jadi cerita kenangan engkau sendiri .tak perlu untuk mengaibkan diri engkau sendiri .memalukan diri sendiri dan paling aku kasihan memalu kan mak bapak engkau juga .mak engkau punyalah percaya dekat engkau .punyalah bangga kan engkau tapi engkau .kasihann .sedihh aku tengok .

aku sebagai teman yang baru sahaja kenal engkau boleh saja kalau aku nak menjauhkan diri aku dari engkau .tapi aku fikir mungkin ada sebab allah temukan aku dengan engkau .



   p/s : teman aku dah tukar boifren lain .mana perginya boifren yang takan tinggalkan engkau tuh ?




terima kasih sebab membaca entry saya ♥ ♥

1 budak muncet ;):

darkbatman said...

life ne unpredictable..
haihhh