Hey people , please respect each other here ♥ +Follow | Dashboard

followers ily:)

dear readers !

Selamat membaca cerita aku yang membosankan

-Alia Jamal-

resepi beef lasagna

Assalamualaikum semua :)

Lama tak buat entry baru so hari nie nak buat entry mengenai lasagna . Korang mesti tau kan lasagna macam mana . Dia makanan itali . Sedap memang sedap tapi kalau sesiapa yang diet tu haa memang tak dapat tolonglah . Lasagna penuh dengan cheese . Faham-faham lah ye . Hihi .

Ok jum aku nak kongsi resepi lasagna nie . Bahan yang korang perlukan adalah :



                                      daging kisar y telah dimasak dgn bawang dan sos spaghetti

Untuk buat  sos daging :

  • Daging kisar 
  • Bawang dipotong dadu
  • sos spaghetti prego 
  • garam
Untuk sos putih :

  • susu segar (2cawan) ikut pada citarasa sendiri
  • cheese parmesan / cheddar (diparut)
  • lada sulah / garam
  • tepung gandum ( 3sudu )
  • butter (2 sudu )
Cara masak sos daging :
  • tumiskan bawang besar yang telah dipotong dadu , bila dah kekuningan masukkan daging kisar tadi sampai masak.
  • masukkan sos spaghetti prego dan sedikit garam .
  • masak sehingga pekat .
Cara masak sos putih :
  • kacau tepung gandum , susu segar sehingga sebati
  • cairkan butter masukkan campuran tepung dengan susu tadi
  • kacau sehingga sebati dan masak dalam api perlahan
  • masukkan cheese telah diparut tadi lepas tuh kacau kalau rasa pekat sangat tambah susu lagi
  • masukkan lada sulah dan sedikit garam . bila agak agak dah masak tutup api.
Panaskan air dan masukkan kepingan lasagna . bila dah lembut kepingan lasagna tadi toskan dia.

ok sekarang step untuk buat lasagna .
  1. sapu majerin dalam loyang
  2. letakkan kepingan lasagna bagi penuh loyang
  3. masukkan sos daging dan ratakan
  4. masukkan sos putih dan ratakan
  5. letakkan lagi kepingan lasagna dan ulang step 3 & 4 .
  6. buat sampai penuh loyang . pastikan atas sekali adalah daging dan sos putih .
  7. bakar dalam avon selama 50minit . ikut kepada avon anda lah .kalau avon saya dalam 60minit .
  8. hidangkan panas panas :)
tadaaaa 


nanti jadi macam nie . selamat mencuba :)


terima kasih sebab membaca entry saya ♥ ♥

0 budak muncet ;):