Setiap hari adalah rutin yang sama
Kawan , kelas , borak , borak , borak dan borak .
Itulah rutin setiap hari aku dan aku tak pernah jemu dengan rutin aku
*kejap
Tak pernah jemu ?
Kau tipu kan ?
Mana mungkin orang tidak jemu dengan rutin harian mereka ! Kawan-kawan menyusahkan .
Itu mungkin mereka dan bukan aku . Ok ! Mungkin ada rasa jemu tapi sekurang-kurangnya aku cuba mengisi masa aku dengan kawan-kawan dan aku rasa mereka adalah satu terapi aku semasa belajar . Cuba engkau bayangkan belajar tanpa kawan , kawan sekelas ibarat musuh diantara satu sama lain . Boleh mati kutu bukan ? Nak pergi kelas ada rasa terancam sebab budak sekelas adalah musuh . Itu baru aku rasa sangat menyusahkan . Buat masa sekarang aku bahagia dengan hidup aku - kawan , rutin seharian , keluarga dan sang kekasih - itu sudah cukup untuk aku .
Yang benar , makhluk paling comel !
Alia J
0 budak muncet ;):
Post a Comment