ok !aku merepek .aku cuma nak bagi perbezaan supaya pembaca faham lah mangkuk kayu !
Malam nie banyak sangat perkara yang tak kena pada aku .penyebab dia adalah lelaki .yes ! lelaki .superman ,batman ,ahhh itu semua mainan wayang untuk buat budak-budak terpengaruh dan percaya yang wujudnya lelaki seperti mereka-mereka yang aku sebut tadi .bukan budak-budak sahaja ,malah remaja macam aku pun ada yang percaya .stupid untuk aku .yes aku .bukan kau ,kau dan kau .
Dan sebab lelaki malam nie aku tak dapat tidur .memikirkan hal yang aku rasa memang patut aku fikir supaya lepas nie tak payah aku nak semak kan otak untuk fikir .benda yang remeh diperbesar-besarkan dan mungkin juga silap aku sebab aku bagi harapan bodoh dan tak masuk akal .aku bagi harapan bodoh dan tak masuk akal ?demmaaannn aku dipersalahkan !
Ehh apahal malam-malam nie radio main lagu makan kaki aku nie ha .Tau tak aku tengah kusut tolonglah mainkan lagu yang bagi aku semangat sikit .nie tak lagu cinta kau main .ok !nampak tak sebab nila setitik habis susu sebelanga .aku dah salahkan radio pulak .ok lagu nie macam bagus untuk aku
aku bosan dengan cintamu ,aku rasa buang masa
Ahhh .nie semua mainan jiwa remaja .aku tak kesah apa jadi lepas nie .jangan cakap aku tak pernah mempertahankan semua nie .aku cuba tapi aku rasa aku tak berjaya .orang cakap
"ahh loser sial kau .LOSER !benda kecik tak boleh nak settle "
Ahh .stress aku macam nie .tolonglah faham .aku kuat nak hadap benda kecik nie semua .itu kata aku depan kau-kau-kau dan kau semua .tapi dalam hati kata lain .aku tak sekuat yang kau-kau-kau dan kau semua sangka .sial ! aku dah cerita kelemahan aku dekat enemy enemy busuk aku .sukalah kau tau kelemahan aku .G mampus lahai .aku tak pedulik pasal enemy aku sekarang nie .Godai baby godai .
Aduh !mengeluh macam nie pun tak boleh jugak .mengeluh bukan boleh baikkan keadaan .ok !sekarang aku rasa masing-masing yes masing-masing ,bukan aku seorang sahaja yang perlu muhasabah diri .carik mana kesilapan masing-masing ,fikir balik apa yang patut buat untuk baikkan hubungan nie .fikir ,fikir dan fikir banyak kali .
bak kata kawan aku semua benda boleh settle .ha yelah kau semua boleh settle .tolong amik sikit beban .tengok boleh settle tak boleh settle .guhh .aku selalu berdoa kalau-kalau dia bukan untuk aku bagilah dia kepada orang yang lebih baik dari aku dan kalau dia untuk aku terpisah macam mana sekalipun one day moga akan dipertemukan kami semula .
aku tau Dia di atas sana mendengar doa aku dan Dia juga akan cuba memakbulkan doa-doa aku walaupun aku seorang hamba yang jarang-jarang untuk bertemu dengannya .naif betul aku .sesungguhnya Dia maha berkuasa dan maha penyayang .
aku kalau bercerita mengenai ini mau berjela panjangnya .takpe ,cukuplah sikit aku luahkan kepada kau-kau-kau dan kau semua .lebih-lebih seperti membuka pekung didada pulak .sikit jadilah ringan sikit beban aku .terima kasih sebab ringankan beban aku ,selamat malam :)
p/s : aku kuat ,takpe !nampak tuh tipu lagi .
0 budak muncet ;):
Post a Comment