Hey people , please respect each other here ♥ +Follow | Dashboard

followers ily:)

dear readers !

Selamat membaca cerita aku yang membosankan

-Alia Jamal-

resepi chicken chop

Assalamualaikum semua :)




Semperna hari jumaat yang mulia nie aku nak share satu resepi iaitu chicken chop . Nampak kan chicken chop dekat atas tu . Apa yang korang perlu ada untuk buat chicken chop

Bahan-bahan Ayam:


  1. 4 isi ayam yang telah dibuang tulang (bahagian peha)
  2. 2 biji telur (dipukul)
  3. tepung gandum
  4. lada sulah
  5. sedikit garam
Bahan untuk buat salad :

  1. tomato ( potong dadu)
  2. lada benggala (potong dadu)
  3. mayonis
  4. limau nipis
  5. lada sulah
  6. gula ( satu sudu)
  7. daun ketumbar (dihiris)
Cara-Cara Masak Ayam :

  1. Masukkan sedikit lada sulah dan garam ke dalam tepung gandum , gaulkan.
  2. Ambil isi ayam dan gaulkan ke dalam telur dan sadurkan dengan tepung.
  3. Goreng sehingga keemasan dan pastikan isi ayam masak secukupnya .
Cara-Cara buat salad :

  1. Campurkan lada benggala , tomato yang telah dipotong dadu dengan mayonis .
  2. Masukkan sedikit lada sulah, gula secukup rasa . Bagi yang suka masam-masam sikit boleh perahkan sedikit limau nipis.
  3. Gaulkan semua ramuan yang telah dimasukkan tadi .
  4. Masukkan daun ketumbar yang telah dihiris tadi dan gaulkan . Boleh masuk ke dalam fridge sebelum disediakan .
Dah boleh hidangkan dah . kalau nak tambah french fries boleh lah tambahkan . Ikut selera masing-masing lah ok .


selamat menjamu selera :)


terima kasih sebab membaca entry saya ♥ ♥

0 budak muncet ;):