Hey people , please respect each other here ♥ +Follow | Dashboard

followers ily:)

dear readers !

Selamat membaca cerita aku yang membosankan

-Alia Jamal-

rezeki namanya :)


hye blogger :)


aku sangat gembira hari nie sebab result short sem dah keluar dan yang paling penting aku lulus mekanik .wehuuu :face64: alhamdulillahh syukur.tak sia sia aku korban kan cuti sem aku untuk buad short sem selama dua bulan dan hasilnya sangat memuaskan hati .tehee :face35:

rezeki aku murah dua tiga hari nie .dapat bb torch dari ibu dan ayah then dapat duduk asrama sem 3 nanti ,lepas tuh semalam dapat tpp free siapa tah bagi aku tak tau dan sekarang mekanik aku lulus .terima kasih ya allah .aku bersyukur sangat .









terima kasih sebab membaca entry saya ♥ ♥

macaron fever :)

hye readers :)

lama pulak an aku tak update blog .rasa malas ja dua tiga hari nie nak update blog .nak online tapayah cerita lahh .malas gila .penyakit M aku tah apehal tiba tiba muncul .kehkehkeh :face4:

oke oke .sekarang sila lihat pada tajuk aku di atas .HAA .nampak tak MACARON tuhh .amende macaron tuhh kan .haa .untuk pengetahuan korang macaron tuh adalah sejenis makanan .comel comel ja bentuk dia .sekali ngap jalahh kan .tengok gambar bawah nie ha .




amacam .comel tak ?comel kann .aku tengok pun aduhai .tak sampai hati na makan .tapi tapi aku tak pernah makan lagi benda nie :face17: susah ja nak carik area seremban kan .KL banyak lah kot .

aku tadi adalah jugak usha usha resepi macaron nie .payah pulak nak buad dia .rumit .kalau first time buad tuhh mau lah tak jadi kot .kena banyak kali try .baru lahh dapat hasil yang memuaskan hati kan .kehkehkeh .disebabkan penyakit M aku sekarang nie mana mungkin aku nak buad benda meremehkan nie kan .so senang cerita aku nak carik ja kat kedai kedai .senang sikit .hee :face34:



p/s :bak ,i nak nie masa bufday nanti .pleshhh :face39:



terima kasih sebab membaca entry saya ♥ ♥

happy father's day my superhero :)

semperna hari bapa hari ini .aku nak ucapkan selamat hari bapa kepada ayah aku & kepada semua bapa bapa di seluruh dunia .ileffchuu ayah :9:


oke jum cerita pasal bapa :h:

ayah ,seorang lelaki yang kental bagi aku .dia lah superman .dia lah superhero dalam hidup aku .dia seorang insan yang akan cuba untuk membuad kan anak anak dia gembira .yess .gembira .dia akan cuba untuk mengikut kemahuan anak anak dia yang berselera besar ini .biasalahh remaja kan .macam macam nak .ikut trend katanya .

pernah sekali aku nak game playstation 2 sebab ikut sepupu sepupu aku semua .time tuhh semua ada game ps2 .aku nak jugak .aku akan guna tektik aku .yeahh .merengek sampai dapat .sangat teruk oke bila aku fikir balik perangai aku dulu .ehh .sekarang pun ada sikit perangai tuh :face30:

aku ingat lagi time mula mula aku masuk darjah satu .sangat kelakar bila time rehat ayah bawak pergi makan dekat kantin sekolah then aku merengek rengek nak makanan bagai .aku siap merengkuh bapak aku lagi tarik dia pergi dekat makcik jual makanan tuh then time tuh ada pulak tb3 buad liputan pasal budak budak baru masuk sekolah kan .so aku dengan tengah merengkuh bapak aku then merengek rengek , keluar tv bhaii masa berita .HAHA .sampai sekarang lagi ada jugak keluar tv kalau masa musim baru masuk sekolah .bila aku tengok tergelak besar aku .tak sangka buruk betul perangai aku masa tuh :face56:

oke jum sambung balik .ayah aku juga seorang yang adil oke .selalunya apa yang aku nak adik aku pun nak jugak .so disebabkan adik beradik aku tak ramai ,dua orang ja .ayah mesti adil .kalau aku dapat phone harga rm200 adik aku pun akan dapat benda yang sama dengan harga yang sama .so adil .tapi selalu aku dapat lebih lahh sikit sebab aku kan akak .muahaha :face50:

ayah aku seorang yang sangat simple .tak memilih sangat dalam semua hal .bagi aku ayah aku adalah seorang ayah yang sangat cool .bayangkan aku boleh bergurau dengan ayah main tarik tarik rambut .lebih senang lagi boleh gurau kasar tapi tadelahh kasar sangat :face4: sangat seronok bila kita dapat ayah yang boleh bawak bergurau oke .

orang yang boleh terima aku seadanya dan for sure akan selalu bersama dengan aku walaupun aku jadi loser suatu hari nanti adalah ayah dan keluarga aku ,yes .dia .seorang bapa .seorang bapa takan menjauhkan diri dari anak dia walaupun anak dia ada penyakit berjangkit ke apa jadah lagi kan .trust me .dia akan always support anak anak dia .bagi semangat supaya kita naik balik .

ayah juga akan selalu tolong aku kalau aku ada masalah ke apa ke kan .aku selalu lebih senang berurusan dengan ayah aku berbanding ibu aku .biasalah ibu kan .selalunya akan membangkang or menghalang something yang dia rasa macam tak elok untuk anak dia .tapi aku tak salahkan ibu aku sebab itu mungkin memang sifat keibuan kot .

aku takan sia sia kan ayah aku ,seriously .dulu masa aku dalam tingkatan 2 ke 3 kot kan aku pernah lahh macam dingin ja dengan mak bapak aku sebab time tuh aku terleka sikit dengan kawan kawan semua .kira time tuh baru nak naik lah konon .fikir diri tuh hebat sangat padahal time tuh baru ja tingkatan 2 macam tuh lah .time tuh memang aku suka melawan cakap mak bapak aku .apa yang ayah suruh buad semua aku tanak buad .degil sangat .tapi ayah tak pernah pukul aku .serious .bapak aku bukan jenis yang kaki pukul .boleh kira lahh berapa kali bapak aku lempang aku dengan adik aku .tak pernah !

akak nak ucapkan terima kasih kepada ayah sebab dah jaga akak selama akak hidup 19 tahun nie & terima kasih jugak sebab ayah telah mengorbankan segala macam untuk anak anak ayah .akak takan kecewa kan ayah .suatu hari nanti akak akan buad ayah & ibu bangga dengan akak .
:w:

lotsoflove ,
alia jamal




p/s :aku sangat sayang ayah aku ,keluarga aku adalah nyawa aku .serious .tanpa dorang ,hidup aku memang tak lengkap :h:




terima kasih sebab membaca entry saya ♥ ♥

oreo cheese cake bebeh ;)

semalam masa aku blogwalkin ,tiba tiba aku dapat satu idea untuk hari bapa besok kann :face18:

semperna hari bapa nie aku try try lahh buad oreo cheese cake untuk bapak aku .HAHA .beriya iya tau lepas aku usha blog sherah nie .dia ada bagi resepi untuk buad oreo cheese cake nie .so beriya iya aku baca then aku pergi beli barang bagai .HAHA .saja lahh nak try sebab cara buad kek nie mudah .tapayah nak bake bake bagai .just masuk dalam peti ais ja .sangat mudahh kann .

before nie mak aku buad cheese cake guna cara macam nie jugak .tapi lemon cheese cake lah tapi .tapayah nak bake bagai just masuk peti ais ja .so aku nak lahh try lain sikit kan .guna oreo pulak .hasil dia aku tak tau lahh jadi ke takk .sebab kalau ikut kan memang aku ikut ja semua resepi dia tuhh .hee :face34: tapi ikut firasat aku dan apa yang aku rasa tadi macam menjadi ja kek aku tuh .muahahaha :11: kena tunggu dalam 4 ke 5 jam jugak lahh nak tunggu dia keras .so sabar jalah ehh .nanti malam aku bagitau jadi ke tak kek yang aku buad tuhh .kehkehkeh :face64:



p/s : first time aku buad kek nie sendiri .selalu tolong kacau ja kan .wee :1:





terima kasih sebab membaca entry saya ♥ ♥

mata aku dah macam mata panda .tau panda ?macam nie :b: .nie gara gara tido yang tak cukup .semenjak dapat cuti nie .betol betol aku gunakan cuti tuh weyhh .HAHA .biasaa ahh nanti dah nak masuk belajar balik kan .so kau chill ja situ .heh :123:

aku sekarang dah jadi kelawar .kelawar tau kelawar ?malam berjaga siang pulak tido sampai bom meletop pum aku tak sedar :face13: .teruk gila .orang sarapan pukul 8 aku sarapan pukul satu merangkap makan tengahari sekali .memang tak boleh buad bini langsung .kahkahkah :face64:



p/s : isomnia agaknya :face31:





terima kasih sebab membaca entry saya ♥ ♥

line streamyx membabi .agaknya streamyx nie pun nak kena hack agaknya .bayar mahal mahal line macam bahabi .memang nampak permainan engkau tuhh .aduhai .malam nanti aku update belog .kbai ~






terima kasih sebab membaca entry saya ♥ ♥

past is past bradah ;)




zaman dulu ,
masa zaman jahiliah aku .
aku buad banyak benda .
benda yang kebanyakannya menyakitkan hati orang yang aku sayang .

tapi sekarang ,
aku dah lain .
aku cuba ,cuba untuk berubah kepada yang lebih baik .
aku dah tinggalkan 'ini' .
yes 'ini'. 

aku duduk chill sorang sorang aku layan beatles .
aku lupa ,lupa dekat 'ini'
aku buad buad busy supaya aku leka .
kalau aku boring pasti aku layan 'ini'

so aku akan pastikan aku busy setiap masa .
lupakan 'ini'
kalau dulu pantang aku free ,
pasti aku amik 'ini' aku layan .
tak cukup sebatang .
tapi dua tiga .
kalah si dia .
kalau ada geng sekepala dengan aku lagi lahh .
bercerita sambil melayan .

betapa teruknya aku dulu .
tapi sekarang alhamdulillah .
aku berjaya .
aku berjaya buang tabiat lama aku .

aku berubah bukan sebab boifren aku ke apa .
tapi sebab aku fikir mak bapak aku .
orang yang jaga aku dari kecik dan sanggup buad apa ja untuk aku asalkan aku bahagia .
ohh yea untuk kesihatan aku jugak ;)



p/s : terima kasih tuhan sebab engkau telah memberikan kesedaran kepada aku ;)











terima kasih sebab membaca entry saya ♥ ♥

22:53



lepas nie dah tade orang yang boleh nyalakan api untuk aku .
tade orang yang boleh buad aku senyum sampai telinga dengan lawak lawak bodoh .
lepas nie hidup aku tak seceria macam dulu .tak seceria semasa aku dengan engkau dulu .
aku sayang engkau tapi mungkin jodoh aku bukan dengan engkau .
aku faham maksud engkau .terima kasih sebab temankan aku selama dengan engkau .
terima kasih sebab menceriakan hari hari aku .
dan terima kasih sebab buad hari nie hari paling worst dalam hidup aku .
terima kasih !


p/s : maaf ,entri aku semakin hari semakin bermain dengan emosi .

terima kasih sebab membaca entry saya ♥ ♥

selam dalam dalam !

APA YANG ADA 
DALAM FIKIRAN AKU 
SEKARANG NIE ADALAH ENGKAU !

YES ENGKAU !

AKU HARAP ENGKAU JUGA BEGITU !



p/s : aku rinduu :*



terima kasih sebab membaca entry saya ♥ ♥

dunia dah terlampau "maju"




aku duduk usha tengok aku punya reading list ,banyak betol cerita cerita masalah sosial sekarang nie .merogol ,buang anak .berkhalwat tak payah cerita lahh kan .melambak .naik polak aku baca .dunia dunia .makin hari makin maju makin banyak jugak masalah sosial yang berlaku .nie baru 2011 .dah melambak cerita cerita macam nie ,kalah pulak cerita politik .aku agak dalam masa dua atau tiga tahun nanti .berita berita semua dah takde dahh cerita lain selain masalah sosial nie .orang pandang pun sebelah mata agaknya .dah tak boleh buad apa .

kalau dulu dunia tak maju tapi pemikiran dengan budaya kita maju tapi sekarang sebaliknya .kalau dulu aku rasa mak bapak cukup kawal anak anak dia orang .tapi sekarang aku tengok bersepah budak budak umur dalam lingkungan 10 tahun dah lepak chill dekat shopping complex .kalau lepak chill sahaja takpe .tak kesah .nie lepak chill isap rokok lagi .fuhh .cukup hebat dah tuh bagi derang .

aku bukan nak salahkan mak bapak ,ada jugak mak bapak yang cukup kawal anak mereka tapi si anak rosak jugak .bagi aku kita kalau nak mengawal sangat pun tak boleh .maksud aku ,yelah budak budak sekarang pemikiran derang tak sama dengan pemikiran orang dulu .budak budak sekarang suka memberontak .benda kecik pun dah memberontak nak lari rumah bagai .nie kan kalau kau kurung derang tak bagi keluar semua kan .

ada tuh kadang kadang mak bapak pun di terajangnya .sebabnya tak bagi keluar .aku agak budak yang suka terajang mak bapak nie memang dah tak fikir apa lagi dah nie .hidup time muda nak seronok .tak pernah fikir baik buruk .bila dah tua ,dah merempat tak dapat kerja baru nak menyesal .time tuh menyesal pun tak guna dah .

nanti kau tengok kawan kawan sebaya kau sibuk dengan kerjaya masing masing .kerjaya semua hebat hebat .aku takut nanti kau lari bila nampak kawan kawan kau ,yelahh takut kawan kau tanya kau kerja apa sekarang nie .aku bagi situasi lah supaya engkau senang faham .

situasi pertama :
kau kerja hebat nak sara anak bini ,ada syarikat sendiri  .boleh lah kau sembang kencang dengan kawan kau nanti .

A : kau kerja apa sekarang B ?aku sekarang engineer dekat syarikat XYZ .
B : aku sekarang bukak syarikat aku sendiri .syarikat ABC .dah macam macam projek aku buad .jum lah duduk minum .kita borak panjang sikit .


situasi kedua : 
kau kerja pun tak .ada anak bini nak sara .paling kasihan satu ilmu pun engkau takde .engkau nak sembang kencang macam mana dengan kawan kau nanti .

A : kau kerja apa sekarang B ?aku sekarang engineer dekat syarikat XYZ .
B : wa sekarang macam nie lah brader ,duduk duduk sembang belakang bangunan dengan kawan wa .lu nak join ?


so kau fikir dik apa kau nak jadi satu hari nanti .kalau kau nak jadi macam dalam situasi pertama .alhamdulillah .belajar sungguh sungguh .dengar cakap mak bapak kau .biar susah dahulu senang kemudian .jangan nak fikir seronok sekarang sahaja .kalau kau pilih situasi yang kedua .teruskan lah dengan cita cita engkau .aku tak boleh nak larang .kita yang dah diberi akal dan fikiran oleh NYA ,guna lah sebaik baiknya .sayang kalau kau tak guna .

bagi yang perempuan .jaga lah maruah engkau sebaik baiknya .jangan senang senang tergadai maruah kepada lelaki lelaki yang belum tentu jadi milik engkau .cinta yang engkau agungkan sekarang ini belum tentu cinta sejati engkau lagi .lelaki sejahat mana pun dia ,suatu hari nanti sudah tentu akan mencarik perempuan yang boleh dijadikan isteri .bukan girlfriend .faham kan maksud aku .aku teringat kata kata pensyarah aku .dia kata
 

" perempuan nie tak guna kalau luar cantik ,wangi , tapi dalam kotor ,busuk " 


bila aku fikir balik .ada betul kata kata pensyarah aku .kita benda yang dah busuk ,mesti kita tolak tepi kan .mana ada kita nak .kalau nak pun mesti jadi pilihan kedua kita .so fikir fikir lah balik kawan kawan .kepada yang dah terjebak tuh sempat lagi untuk engkau berubah .



p/s : ini adalah pendapat aku ,setiap orang lain pendapat .aku mintak maaf kalau aku ada terkasar dalam ayat ayat aku .








terima kasih sebab membaca entry saya ♥ ♥

ali kau oke tak ?


apalahh khabar ali dekat seremban tuh kan .adoi .dedindunya dekat ali .tunggu aku balik tau ali .jangan nakal nakal .jaga diri baik baik .ileftchuuu :'(


p/s : kau kuad kan ali .tunggu aku balik tau .

terima kasih sebab membaca entry saya ♥ ♥

kcing kcing ;)


apa nak buad kat KL sekarang ?aku taktau nak g mana dah KL nie .aku engat nak pergi pavilion lah .silap silap dapat lepak dengan #adinda evans .auwwww .HAHA .


p/s : pun boleh !


terima kasih sebab membaca entry saya ♥ ♥

auww .comelnya google nie ;)






google nie kadang kadang comel ehh .tengok lah atas tuhh .nie tadi aku bukak google then aku tengok ada gitar .siap ada bunyik lagi tau kalau kita letak cursor dekat tali gitar tuhh .hari nie birthday Les Paul .sebab tuh ada doodle gitar tuh .cool gila .


p/s : laporan ujikaji tak siap lagi .jangan nak cool sangat lah kan lea ==


terima kasih sebab membaca entry saya ♥ ♥

BB please come to me baby ;)




apehal aku tengok dalam FB semua orang heboh na pasal BB nie ?pergi wall sana nak BB pergi wall sini nak BB .aduhaii .superman aku pun heboh dengan BB .siap beli lagi tuhh .amboi bukan main semua orang ehh .oke oke .aku taknak sembang kencang .sebenarnya kann aku pun nak BB .HAHA .

sumpahh dulu aku tak heran dengan BB tapi sekarang aku heran .sebab aku tengok BB nie dahh jadi satu fenomena kepada semua orang .orang kata takde BB tak core lahh lah kau  ==" .HAHA .siapa ajar ?ahh .lantak ! aku nak jugak BB .tak kira .


3 sebab aku nak pakai BB :
  • aku bolehh bbm dengan bak .macam cool .
  • aku nak beli accessories die yang comel comel tuh .
  • bila kita update status dekat fb guna BB ada nanti die tulis 'via blackberry' kann .nanti orang tengok die ckp woahh kaya budak nie pakai BB .kahkahkah .oke sila lempang kuad kuad .
HAHA .sebab ketiga sila abaikan ye awak awak semua .


p/s : kalau boleh lah kann .nak BB torch .heee .ayah ,tolong belikan .teheee ;)

terima kasih sebab membaca entry saya ♥ ♥

hye !saya ali ;)

meet my ali 



hye .nama saya ali .
saya sayang tuan saya .
nama dia alia athirah .
pandai kan tuan saya pilih nama untuk saya .
dekat dekat ja dengan nama dia .
tuan tuan ,tuan jangan tinggalkan saya tau .
jangan buang saya .walaupun saya bukan bayi tapi saya ada perasaan macam seorang bayi jua .
walaupun saya binatang saya ada perasaan macam manusia .kalau boleh saya nak perasaan macam manusia .
tapi saya pelik kenapa manusia na ada perasaan macam saya yang binatang nie .
kesian manusia yang berperasaan macam binatang .
saya ada anak tapi saya tak buang pun anak saya .
saya sayang anak saya .tak macam manusia .senang senang ja buang anak sana sini .
engat senang ke nak buad anak .ishh .
itulahh serba sedikit tentang saya .
tuan ,ilefchuu so muchh 

alololo kura kura aku nie .sehhweet nyee dia .siap bagi nasihat lagi .untunglahh aku dapat kurakura yang pandai memberi nasihat .kehkehkeh .ilefchuutuh babby ali 




terima kasih sebab membaca entry saya ♥ ♥


terima kasih sebab membaca entry saya ♥ ♥

superman suka main taik dengan aku !







aku terpaksa buad buad tabah depan engkau walaupun aku rasa macam aku tak boleh nak hadap semua nie lagi .aku tak sekuat yang engkau sangkakan .aku lemah bila cerita pasal engkau .aku lemah bila aku berdepan dengan engkau .

tadi ,masa aku duduk chill layan lagu .aku dapat text dari engkau .aku bukak text kau then aku tarik nafas dalam dalam .aku pejam mata .aku harapkan bukan berita buruk yang engkau ingin sampaikan .kalau ikut hati aku taknak baca text engkau .takut aku yang hampa .

aku kuad kan hati .aku bukak mata then aku baca .yes .aku dah agak .aku baca dua tiga kali .kali pertama baca aku macam ,oke .kali kedua aku baca ,air mata aku tunggu masa nak turun .masuk kali ketiga ,aku amik bantal aku tekap .

aku tahu aku yang mintak macam nie .aku tahu aku yang mencarik masalah .tapi tuh tak bermaksud aku tak sayang engkau ,aku tak care pasal engkau langsung .aku cuba .aku cuba untuk menjadi yang terbaik untuk engkau .bukan aku tak cuba .tapi aku tak tau mana silapnya .mungkin silapnya datang dari aku .aku mintak maaf .


p/s : jangan tanya aku mana superman aku pergi .aku taktau !

terima kasih sebab membaca entry saya ♥ ♥



aku rindu kau .sangat .maaf .kbai !

terima kasih sebab membaca entry saya ♥ ♥